Friday, October 15, 2010

Saturday, July 24, 2010

ari usahwan yg lalu..!

knape ramai org kate ary usahawan taon niy lagi best dri taon lpas ?? mmg btol pown sbb ary usahawan taon niy mmg ramai btol org dtg...biler pkol 1.00 ramai lagi pengunjung yg dtg...tapi rumah antu dye mmg seram la..ramai gak dak pompuan yg nanges ....yg best nyer ade flying fox..tapi flying fox dye x der la tinggi sgt.. 2 jerk la yg umairah nak smpai kat.. :D

Saturday, July 3, 2010

ARGENTINA kalah lwn GERMANY!!!

cam ner laa ARGENTINA leh klah smalam lwn ngan GERMANY!!!MESSI kan power aduhhhhhh.....tgk skang ARGENTINA x leh masok final FIFA WORLD CUP... niy yg bengang niy...:'(

Friday, July 2, 2010

lame x post berite-berite!!

sory ek sume umairah dh lame x post berite2x... sbb sebok sgt dgn homework... so pham2x jer ek?? lagi pown mlas laa nak carik...nnti pening kpale dgn homework laa...blog laa...!!:D so sorry ek sume..:)

Tuesday, June 29, 2010

umah ijau power!!

umah ijau diistiharkan juare pade sukan tahunan yg ke-7....asal laa umah kuning jealous sgt umah ijau menang..taon lepas kn umah kuning dh jadi juare..so taon niy bagi la umah ijau plak juare..walau pon aq umah biru aq tetap x puas ati ngan umah kuning..dh ijau mng,mng jer laa.. nak jealous lagi wat per... satu permainan mesty ade yg klah ader yg mng... lagi pon aku x kesah umah mane yg mng...asal kn korang x lupe kan plajaran..plajaran lagi penting dari korang gadow2x pasal niy...baek korang bace buku untok bersedie UPSR taon depan..daripade korng buang mase gadow pasal niy..korang sume dh ready for UPSR??aq syg korang sgt2..korang jgn lupe kn plajaran..plajaran penting dlm idop k..takecare.. :D for: student SKTMS

Monday, June 28, 2010

Populariti Murahan Rafiqin Darwisy

Rasanya ramai yang sudah tahu mengenai Rafiqin Darwisy, budak berumur 14 tahun yang secara tiba-tiba namanya disebut-sebut. Mungkin sekarang ini Rafiqin Darwisy mampu mencabar populariti Dato’ Siti Nurhaliza walaupun dia bukan pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2009. Hebat kan? Tapi populariti murahan yang dikejar Rafiqin itu tidak lama bila semua orang mengutuk tindakannya yang menghina Allahyarham Din Beramboi di Facebook. Mungkin Rafiqin ingin menjadi sepopular Adukataruna yang pernah menggemparkan Malaysia awal tahun lalu. Jom baca apa yang ditulis oleh Rafiqin Darwisy ini:

Rafiqin Darwisy juga mengaku orang Sabah dan beragama Kadazan. Tapi kalau betul Si Rafiqin ini Islam, memang berdosa besarlah dia ni. Ingat, soal iman dan Islam ni jangan buat main-main. Dengan kata-kata je, kita boleh dikira murtad. Tapi rasanya Rafiqin ini orang Kuantan, Pahang. Mungkin apa yang dia buat ni hanya nak memutarbelitkan fakta dan mengaburi orang ramai. Tak senang duduk nampaknya si Rafiqin ni.

Rafiqin, Kadazan tu bangsa lah. Tak belajar Kajian Tempatan ke masa sekolah rendah?

Si Rafiqin ini ada minta maaf secara terbuka di Facebook. Agak-agaknya ada tak orang nak maafkan dia ni? Masa buat dulu tak fikir panjang, sekarang dah jadi macam ini baru nak menyesal. Lepas tu senang-senang je nak minta maaf. Lain kali jagalah hati dan perasaan orang lain. Bak kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Pssssst…. Punyalah cuak si Rafiqin ni, siap tukar nama lagi di Facebook. Tukar jadi Alya Shahira. Wah, nama nak manis je tapi orangnya tak manis pun.


Liza Hanim Bertudung..

Lama tak dengar berita pasal Liza Hanim ni kan? Ingatkan dah bersara jadi artis. Hehe. Walau apapun, kemunculan Liza Hanim kali ni membawa perkhabaran gembira, beliau kini dah bertudung! Alhamdulillah, bertambah seorang lagi artis Malaysia yang bertudung, ikut jejak langkah Wardina, Ziela Jalil, Erma Fatima, Aishah . Untuk pengetahuan semua, Liza Hanim dah dua bulan bertudung dan beliau pertama kali muncul dengan penampilan baru itu dalam program Mentor di TV3 Sabtu lalu.

Niat bertudung itu memang datang dari hati Liza Hanim sendiri, bukan ikut trend pun sebenarnya. Biasanya kalau orang bertudung ikut trend, tak lama. Lepas tu tudung makin pendek, makin pendek dan rambut terus terjojol keluar. Oh dunia. Lagi satu trend remaja masa kini, bertudung cantik je tapi baju ketat dan seluar sendat menampakkan aurat. OM tak nak komen lebih-lebih, masing-masing dan besar dan tahu menilai baik dan buruk. :-)

Teringin nak tengok Dato’ Siti bertudung macam gambar di bawah ni, manis je kan?

Mansuh UPSR dan PMR: Pro dan Kontra

UPSR dan PMR Wajar Dimansuhkan

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya. Cara pembelajaran di Malaysia dikatakan lebih menjurus kepada usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.

Pelajar-pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan bilangan A yang banyak sehingga pernah suatu ketika Malaysia digemparkan dengan berita kematian S. Subashini dari SRJK Tamil Ladang Sempah. Subashini membunuh diri kerana memperoleh 4B, 2C dan 1D dalam UPSR sedangkan sasaran beliau ialah 4A. Jika ‘budaya banyak A’ menjadi fenomena pelajar-pelajar di Malaysia, tidak mustahil pelajar hanya cemerlang dari segi akademik dan tidak dinamik. Kerana inginkan publisiti, ada juga individu yang mendakwa mendapat 24A1 dalam SPM 2006 yang menggemparkan Malaysia kerana penipuan itu.

Ujian Khas Kemasukan ke SBP

Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ujian khas harus diwujudkan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yang berminat memilih SBP bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

UPSR dan PMR Tidak Wajar Dimansuhkan

Peperiksaan awam UPSR adalah sebagai kayu pengukur tahap pencapaian persekolahan bagi Tahun Enam manakala PMR adalah bagi tahun kesembilan persekolahan. Dengan adanya peperiksaan ini, kita sendiri dapat melihat sejauh mana pencapaian kita di sekolah rendah dan di peringkat menengah rendah. Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan hanya meletakkan usaha yang lebih untuk peperiksaan SPM sahaja.

Peperiksaan awam berkenaan juga adalah kayu pengukur untuk keberkesanan pembelajaran antara daerah dan negeri serta antara latar belakang sosio-ekonomi sekolah. Setiap tahun akan diumumkan statistik keputusan peperiksaan awam di Malaysia yang sedikit sebanyak mempengaruhi para pelajar, guru-guru, pegawai pendidikan dan pihak kementerian untuk meneliti di mana kelemahan dan kekurangan yang ada untuk diperbaiki.

Dasar pendidikan di Malaysia berubah-berubah mengikut perubahan Barisan Kabinet terutamanya penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Seperti yang kita sendiri ketahui, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi seharusnya dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan perlu digubal.

isu:Kasut Crocs Ada Kalimah Allah: Satu Kebetulan?

Penghinaan terhadap kalimah Allah ini sebenarnya bukan cerita baru. Sudah banyak kali kita dengar kalimah-kalimah Allah yang disalahgunakan oleh musuh-musuh Islam. Mereka memang dari dulu lagi menggunakan pelbagai taktik untuk menjatuhkan Islam sama ada secara kekerasan atau secara halus yang mungkin kita tak nampak. Berbalik kepada isu logo Crocs ini, adakah ia benar-benar menyerupai kalimah Allah? Cuba kita perhatikan gambar dibawah.

Gambar kiri, memang nampak gambar buaya la kan (teleng sikit kepala kalau tak nampak). Tapi gambar kanan, nampak dengan jelas kalimah Allah selepas di’highlight dengan pen marker. Persoalannya, adakah logo Crocs itu benar-benar kalimah Allah atau hanya kebetulan?

Jika anda was-was dengan kasut Crocs berlogo kalimah Allah ini, sila elakkan dari membeli dan memakainya.

Apabila Maya bertudung


"Saya minta maaf, saya memang tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana saya tidak mahu silap cakap, sekaligus
"Saya minta maaf, saya memang tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana saya tidak mahu silap cakap, sekaligusNampak ayu, manis dan tetap tenang diasak pertanyaan wartawan

PERKARANGAN Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada petang Khamis lalu menjadi tumpuan media. Semua yang datang dengan niat sama iaitu untuk membuat liputan kesudahan kisah lara membabitkan pelakon, penyanyi dan pengacara, Maya Karin.

Jika sebelum ini si empunya diri asyik berahsia mengenai status perkahwinan mereka, tapi kali ini kehadiran Maya dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali situ menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Namun bukan saja status perkahwinan yang menjadi perhatian. Sebaliknya penampilan Maya dengan bertudung dan berbaju kurung dengan labuh turut menarik perhatian. Cukup manis sekali dipandang.

Dia berjalan tenang saja menuju ke kereta biarpun sudah ramai wartawan menunggunya di perkarangan mahkamah. Bahkan berbeza dengan kebanyakan artis atau personaliti lain yang lazimnya bercermin hitam yang besar hampir menutup muka apabila hadir di Mahkamah Syariah, Maya tidak pula berbuat demikian. Tiada apa yang melindungi wajahnya.

Tidak kekok, tidak juga melatah atau melenting apabila dikerumuni wartawan. Dia juga tidak mengarahkan peguam yang mengiringinya supaya wartawan tidak mendekatinya. Sebaliknya dalam senyuman itu, mulutnya terkunci rapat. Tiada sepatah perkataan terkeluar daripada mulutnya apabila diminta mengulas mengenai ‘kehadirannya’ di Mahkamah Syariah.

Tindakannya mendiamkan diri menyebabkan media terpinga-pinga, meninggalkan persoalan mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya. Apakah mungkin kehadiran mereka adalah untuk mendaftarkan pernikahan mereka kerana sebelum ini mereka memilih luar negara untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri ataupun mereka datang untuk memfailkan perceraian, selepas segala usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka menemui jalan buntu.
Maya, Steven kemas menyimpan rahsia

Enggan membuat spekulasi, masing-masing sabar menanti serta ingin mendengar sendiri pengakuan dari mulut pasangan yang melangsungkan perkahwinan mereka dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali, Ogos, dua tahun lalu. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan gambaran sebenar apakah yang berlaku di dalam kamar Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu tidak berhasil kerana Steven, yang terlebih dulu keluar dari bilik itu enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya ketika ditanya, dia hanya mengatakan tiada sebarang perceraian dan juga tiada keputusan yang diambil. Malah, dia menyuruh media bertanyakan sendiri perkara itu kepada isterinya sebelum berlalu pergi. Melihat riak wajah lelaki yang bergelar pendidik ini, nyata dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku hari ini.

“Saya sangat kecewa,” kata Steven merujuk kehadirannya ke mahkamah syariah, petang itu.

Ditanya apakah berlaku perceraian seperti yang didakwa, Steven hanya berkata; “Tiada perceraian dan tiada keputusan, tanyalah pada Maya,” katanya sambil berlalu pergi. Walaupun dikejar dan diajukan soalan bertubi-tubi, lelaki tinggi lampai ini tetap dengan pendiriannya iaitu mendiamkan diri seribu bahasa.

Kira-kira 15 minit kemudian, barulah kelibat Maya muncul. Kelihatan ayu mengenakan kurung rona cerah berbunga dan bertudung litup putih, pelakon dan penyanyi lagu Erti Cinta ini juga mengambil langkah yang serupa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apakah tujuan sebenar dia dan suami, mengunjungi tempat itu.

“Saya minta maaf, saya memang tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana saya tidak mahu silap cakap sekali gus akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya. Maya ditemani peguam syarie, Norhusniah Husin. Biarpun enggan memberikan sebarang komen, dia tetap diasak dengan pelbagai soalan berhubung isu rumah tangganya yang semakin hangat diperkatakan itu.

Namun, hasilnya tetap sama. Maya tetap mengunci mulutnya dari terus mengeluarkan kenyataan. Sambil diiringi polis, Maya melangkah laju menuju ke tempat meletak kereta. Berlaku adegan kejar-mengejar sehinggalah Maya terpaksa berhenti dan bersedia mendengar asakan pertanyaan selepas diminta untuk berbuat demikian. Meskipun di bibir, Maya berkali-kali menegaskan bahawa dia tidak dapat menjawab segala persoalan yang diajukan, namun dari raut wajahnya jelas menterjemahkan bahawa dia sebenarnya terikat dengan syarat yang hanya dia dan suami saja yang tahu.

Usaha mendapatkan maklumat apakah tujuan Maya dan suami hadir ke mahkamah tidak terhenti setakat itu saja. Soalan sama diajukan kepada peguam yang mewakili Maya. Malangnya, dia tidak dapat membantu disebabkan anak guamnya itu sudah memberi arahan supaya tidak mengeluarkan sebarang ulasan.

“Lambat laun nanti, anda semua akan mengetahui keputusannya,” kata Norhusniah sambil membantu anak guamnya itu masuk ke kereta.

Kemelut rumah tangga dihadapi Maya dan Steven mula dihidu media sejak Februari lalu apabila mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung. Sejak membawa haluan masing-masing, pelbagai spekulasi bertebaran sehingga ada yang mendakwa, keretakan rumah tangga mereka berpunca masalah orang ketiga.

Bagaimanapun ketika ditanya, Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. Malah, dia bersungguh-sungguh menegaskan bahawa perpisahan sementara itu adalah untuk memberi ruang kepada mereka memperbaiki kesilapan dan sebagai usaha untuk menyelamat perkahwinan yang bakal mencecah dua tahun menjelang Ogos depan.

Jika filem atau drama ada penamatnya, namun drama membabitkan Maya dan Steven ini terus berlanjutan dan menjadi tanda tanya. Selagi tuan punya badan terus bermain teka-teki dan memendam rahsia, selagi itulah mereka akan terus menjadi buruan media.

Begitupun, andai benar sudah tertulis bahawa jodoh mereka hanya mampu bertahan setakat ini, biarlah ia dapat diselesaikan dengan cara baik. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.


Rekod cetus mimpi ngeri Chile

JOHANNESBURG:Brazil tidak pernah tewas kepada Chile dalam tempoh 10 tahun, sejak keputusan 3-0 peringkat kelayakan tahun 2000 untuk Piala Dunia 2002, sebaliknya mereka menang tujuh perlawanan lalu berturut-turut, menjaringkan 26 gol berbalas tiga.

Kedua-dua pasukan bertemu dua kali di Piala Dunia dan kedua-duanya dimenangi Brazil 4-1, di pusingan kedua Perancis 1998 dan 4-2 di separuh akhir kejohanan 1962 ketika Chile mejadi tuan rumah.

Sekalipun angka dan jumlah begitu memihak Brazil, Chile percaya mereka tidak perlu menukar corak permainan menyerang apabila berdepan pasukan nombor satu dunia itu.

“Saya jangkakan permainan yang terbuka,” kata pemain tengah Jean Beausejour. “Mungkin kami tidak akan menukar sedikitpun daripada apa yang sudah kami lakukan, tidak kira siapa lawan kami. Dan dengan sejarah dan tradisi mereka, Brazil juga akan cuba menyerang.”

Kedua-dua pasukan kehilangan beberapa pemain utama tetapi Chile menanggung kehilangan lebih serius apabila pertahanan tengah, Gary Medel dan Waldo Ponce tidak dapat bermain selepas menerimakad kuning kedua ketika tewas kepada Sepanyol, Jumaat lalu.

Chile juga kehilangan pemain tengah, Marco Estrada, yang dibuang padang dalam perlawanan itu tetapi Carlos Carmona dijangka kembali selepas menjalani penggantungannya. – AP

'Sepanyol silap'

MAGALIESBURG: Portugal mahu membuktikan bahawa pemain Sepanyol tersilap apabila mereka meluahkan rasa lega dapat mengelak Brazil pada pusingan kedua dalam Piala Dunia kali ini.

Sepanyol menewaskan Chile 2-1 Jumaat lalu untuk menduduki tangga teratas Kumpulan H dan menempah pertemuan dengan jiran tetangganya, mengelak bertemu juara dunia lima kali dari Amerika Selatan itu.

Namun pemain sayap Portugal, Simao Sabrosa berkata “kami akan turun ke padang dan menyukarkan Sepanyol, sama seperti yang terpaksa mereka harungi jika bertemu Brazil. Malah lebih lagi.”

Portugal dan Sepanyol akan berdepan di Cape Town, esok. – AP

Sunday, June 27, 2010

pengguna facebook dibunuh oleh unknown friend.

Nona Belomesoff, 18, seorang pengguna FACEBOOK ditemui mati di atas katil di Campbelltown, sydney's pada jam 9.40pm. Jumaat yang lalu.. Christopher James Dannevig telah ditangkap kerana didakwa telah membunuh Nona.. Kes nya bermula sebegini, Mr Dannevig telah mengadakan kem kot... kononnya kem untuk penyayang haiwan.. malah, Nona telah diajak menyertai kem ini melalui FACEBOOK!



Bahaya tu, sekarangkan ramai orang buat event dan ajak kengkawan walaupun tak kenal.. ok, back to the kes.. Nona pun pergilah ke sana dan sejak itu beliau tidak pulang ke rumah langsung.. Familynya pun segera melaporkan pada pihak polis mengenai kehilangan nona.. akhirnya, penemuannya berakhir dengan kematian....=__-"...So aiz nak nasihatkan u all semua.. kalau tak kenal, usahlah galak nak berjumpa.. lainlah kalau dah betul-betul kenal.. =___-"

Psst: kalau tak kenal aiz, jangan jumpa dengan aiz... nanti abis u all kene gigit-gigit ngan aiz.. ^__^

Isteri tua guna sihir

KUALA LUMPUR: Jiwa terseksa, batin merana. Mungkin itu ungkapan tepat bagi menyelami penderitaan ditanggung Rafidah, 30, selepas hampir dua tahun menghidap penyakit ganjil akibat disihir madunya kerana dendam dan cemburu.MALANG... Rafidah jalani rawatan membuang sihir dengan pembantu Ustaz Mohd Suhaimi, Mazlin Said Ramdzan.MALANG... Rafidah jalani rawatan membuang sihir dengan pembantu Ustaz Mohd Suhaimi, Mazlin Said Ramdzan.


Lebih memburukkan keadaan, Rafidah turut mengalami masalah membuatkan dirinya berbau busuk ketika hendak mengadakan hubungan kelamin dengan suami iaitu kontraktor yang beristeri dan ada tiga cahaya mata.

Derita ini terpaksa ditanggung Rafidah selepas dua bulan mendirikan rumah tangga pada 2008.


Rafidah menyedari, hidup bermadu bukan mudah dilalui selepas dia nekad mengambil keputusan untuk hidup berpoligami. Namun, sedetik pun dia tidak menyangka, madu yang berkongsi hidup dengannya sanggup menggunakan ilmu hitam dipanggil sihir najis, semata-mata mahu meleraikan hubungannya bersama suami.

Perbuatan melampau madunya terbongkar apabila Rafidah yang mendapatkan khidmat rawatan perubatan secara Islam daripada Ustaz Mohd Suhaimi Rozali di Darul Ruqiyyah (DR), Gombak, dekat sini, meluahkan kesengsaraan hidupnya kepada wartawan Metro Ahad, SHAMRAN SARAHAN.

“SEJAK terkena sihir madu, suami bukan saja enggan menyentuh saya lagi, malah hubungan kami menjadi dingin dan dia seolah-olah membenci.

Ada masanya saya menjadi sangat tertekan dan ingin berpisah dengan suami, tetapi pada masa sama saya masih sayang serta tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan berpisah (bercerai).

Tambahan pula, kini saya tahu suami berbuat demikian angkara perbuatan jahat madu saya, Zaleha, oleh itu perpisahan bukan jalan penyelesaiannya.

Pada mulanya saya sering mengalami gangguan dan kesukaran tidur di waktu malam, kemudian apabila ingin bersama suami, badan mengeluarkan bau kurang menyenangkan ketika kami bersama.

Sekarang lagi teruk, dengan berlendir dan mengeluarkan cecair putih berbau busuk, saya tidak selesa, dan suami pula rimas dengan keadaan saya.

Kini dia jarang bersama saya lagi. Boleh katakan, dalam tempoh sebulan kami hanya berjumpa seminggu. Peliknya, semua ini hanya berlaku apabila bersama suami. Apabila kami berjauhan saya menjadi normal kembali.

Kebelakangan ini kelakuan suami juga banyak berubah dan sering marah tanpa sebab walaupun hanya membabitkan perkara remeh.

Adakalanya dia seperti ingin berjauhan dengan saya. Dia pernah berkata tinggal bersama isteri tuanya lebih aman berbanding tinggal dengan saya.

Saya sedih, isteri mana tidak kecewa jika diperlakukan begitu. Namun saya juga akur bagaimana hendak bersamanya jika keadaan saya begini.

Saya mengesyaki madu tergamak melakukan perbuatan sebegitu rupa untuk memisahkan kami.

Sihir itu dipanggil sihir najis iaitu benda najis daripada darah haid yang dijampi, kemudian dimasukkan ke dalam makanan, minuman atau minyak wangi yang dipakai dan suami.

Ia menyebabkan suami tidak boleh menyetubuhi isteri. Itu yang berlaku kepada saya. Suami juga kadangkala melihat saya dengan pandangan hodoh dan tidak berupa manusia seperti lazimnya.

Madu saya terlalu kuat cemburu dan tidak suka jika suami lebih banyak menghabiskan masa bersama saya.

Sedangkan ketika mula berkahwin dulu suami bahagikan masa dengan adil, tetapi Zaleha tidak bersetuju dan mahu masa lebih diluangkan kepadanya kerana dia isteri tua dan mempunyai anak. Itupun saya sudah mengalah.

Dia (Zaleha) sebenarnya tidak merestui hubungi kami tetapi terpaksa akur dengan keputusan suami yang ingin berkahwin dengan saya.

Sebab itu, apa saja yang saya lakukan bersama suami, dia pasti buat perangai.
Demi menjaga kebahagiaan rumah tangga dan ingin berbaik dengan Zaleha, saya pernah mengajak madu duduk sebumbung, tetapi pelawaan saya ditolak.

Madu menuduh saya menyimpan niat jahat untuk tinggal bersama dan mengarahkan suami untuk tidak mengendahkan permintaan saya.

Banyak lagi perkara remeh diungkit Zaleha untuk mengeruhkan keadaan. Dia tidak senang kerana saya memiliki perniagaan, saya pernah dituduh cuba menggoda lelaki ketika menguruskan perniagaan.
Saya tidak mahu berdendam dan akan memaafkan Zaleha. Yang saya inginkan sekarang hanyalah suami, saya mahu rumah tangga yang saya dirikan ini diselamatkan.”

Ghana bangga buat Afrika tersenyum

Ledakan Gyan pertahan maruah benua itu

RUSTENBURG: Ghana menghancurkan impian Amerika Syarikat (AS) dan menghadiahkan kegembiraan kepada Afrika awal pagi semalam apabila mengalahkan AS selepas masa tambahan dalam satu perlawanan yang mendebarkan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia.

Wakil Afrika itu yang memikul harapan benua mereka berjaya menyahut cabaran dalam perlawanan penuh emosi itu dengan rasa bangga dan kesungguhan untuk menjadi negara Afrika ketiga pernah layak ke suku akhir kejohanan bola sepak terulung di dunia itu.

Gol oleh pemain tengah Kevin Prince Boateng hanya lima minit perlawanan berlangsung dan kemudian melalui penyerang Asamoah Gyan selepas tiga minit permainan memasuki masa tambahan, membolehkan Ghana mencatat kemenangan selepas Landon Donovan dengan tenang menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua untuk AS yang bermain begitu bersemangat mengheret perlawanan ke masa tambahan.

“Saya adalah lelaki paling gembira di dunia,” kata Gyan. “Kami membuatkan semua orang bangga - bukan hanya Ghana, tetapi seluruh Afrika.”

Ghana yang menggabungkan semangat kental dan beberapa skil hebat, akan menentang Uruguay pada suku akhir di Stadium Soccer City, Johannesburg Jumaat ini selepas berjaya menyamai pencapaian Cameroon dan Senegal yang turut berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia masing-masing pada 1990 dan 2002.

Pencapaian Ghana itu disambut meriah dengan tiupan vuvuzuela pada wisel penamat apabila pemain terbaring di atas padang sambil berasa teramat gembira dan lega.
Pemain Ghana, John Pantsil dengan bendera Ghana dan Samuel Inkoom bersama bendera Afrika Selatan kemudian berlari mengelilingi stadium di depan puluhan ribu penyokong termasuk bekas Presiden AS, Bill Clinton, Presiden FIFA, Sepp Blatter dan Ketua Jawatankuasa Penganjur Tempatan Afrika Selatan, Danny Jordaan sebagai meraikan kejayaan pada malam yang sangat diingati itu. - Reuters


Afrika Selatan dapat pujian FIFA

OHANNESBURG: FIFA memuji Afrika Selatan sebagai penganjur Piala Dunia yang masuk pusingan kedua kelmarin, dengan berkata negara itu berada di landasan betul untuk menjadikannya sebuah kejohanan sempurna.

Walaupun berdepan beberapa masalah di peringkat awal, terutama berkenaan pengangkutan pada hari pembukaan di mana kesesakan lalu lintas menyebabkan banyak kelewatan berlaku, Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke mendapati Afrika Selatan berjaya mengatasinya.

"Permulaannya agak sukar apabila kami menghadapi masalah pengangkutan, hasil kelemahan koordinasi antara kumpulan,” kata Valcke. “Tetapi kini semuanya sudah diselesaikan. Jika pada 11 Jun keadaannya sama seperti sekarang, saya akan katakan ini adalah Piala Dunia yang sempurna.”

Selepas dua minggu kejohanan berlangsung, tiga perempat daripada 64 perlawanan sudah dimainkan dengan semua perlawanan peringkat kumpulan selesai Jumaat lalu.

Sejak Afrika Selatan dinamakan sebagai tuan rumah enam tahun lalu, negara itu mengetepikan kerisauan mengenai kadar jenayahnya yang tinggi serta sistem pengangkutan yang lemah, manakala pengkritik menimbulkan kemungkinan FIFA mempunyai “Pelan B” jika keadaan tidak terkawal.

Kini Valcek berkata, Afrika Selatan boleh menjadi pelan kedua kepada negara lain. “Afrika Selatan boleh menjadi Pelan B kepada mana-mana Piala Dunia,” katanya. Piala Dunia kali ini menyaksikan tuan rumah tersingkir di pusingan awal buat pertama kali dalam sejarah. – AFP


Piala Dunia FIFA 2010: Argentina 3, Mexico 1


2010/06/28

PENYERANG Argentina, Carlos Tevez (kanan), cuba dikekang pertahanan Mexico, Ricardo Osorio (tengah) dan Andres Guardado, sebelum menyumbat gol ketiga Argentina, dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto AFP
PENYERANG Argentina, Carlos Tevez (kanan), cuba dikekang pertahanan Mexico, Ricardo Osorio (tengah) dan Andres Guardado, sebelum menyumbat gol ketiga Argentina, dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi ini. -
JOHANNESBURG:
Argentina menundukkan Mexico 3-1 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Soccer City, sebentar tadi.

Selepas mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Carlos Tevez pada minit ke-26 dan Higuain minit ke-33, Tevez sekali lagi menambah jaringan pada separuh masa kedua dengan jaringan pada minit ke-52.

Bagaimanapun, pada minit ke-71, Mexico cuba merapatkan jurang selepas J Hernandez menjaringkan gol selepas meledakkan sepakan kencang ke bahagian atas sebelah kanan penjaga gol Argentina, Romero

Sunday, June 20, 2010

Sebelum ini saya ada menulis tentang beberapa masalah disiplin pelajar walaupun sekolah baru sahaja dibuka selama tiga minggu pada tahun ini. Cerita bagaimana seorang pelajar yang maut setelah jatuh daripada tingkat dua sekolahnya, ketua pengawas dipukul oleh sekumpulan pelajar sehingga mendapat jahitan di kepala dan kisah seorang pelajar tingkatan satu yang dibelasah beramai-ramai oleh pelajar tingkatan dua dan tiga ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

Sementara itu pada tahun lepas pula saya ada menulis tentang beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam usaha untuk menanggani masalah disiplin ini. Cerita tentang bagaimana pentingnya peranan ibubapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Malah arah tuju sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada peperiksaan ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Sekolah.

ponteng sekolah

Salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.

Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Cubalah tanya kepada anak atau adik anda bila ada kelas gantian hari Sabtu atau selepas peperiksaan nanti.

Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia melencong ke tempat lain.

Pihak sekolah juga perlu mengambil perhatian kerana antara punca pelajar ponteng ialah kegagalan pihak sekolah menyediakan program yang menarik setelah selesainya peperiksaan. Ini telah dijadikan alasan oleh ibubapa dan para pelajar yang mengatakan membuang masa dan bosan untuk ke sekolah.

Oleh itu sekolah patut mengadakan program yang menarik minat pelajar hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan. Sementara itu ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka supaya terus ke sekolah meskipun peperiksaan telah berakhir.

Pada tahun lepas Kementerian Pelajaran ada mengumumkan cadangan untuk melewatkan peperiksaan akhir tahun sehingga seminggu atau dua minggu sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Perubahan yang dicadangkan ini juga membabitkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Apabila ianya dilaksanakan tahun ini pihak kementerian berharap masalah ponteng sekolah akan dapat dibendung.

Semoga secara beransur-ansur masalah disiplin pelajar sekolah ini akan dapat dikurangkan. Di masa akan datang saya akan menyentuh tentang cara terbaik untuk mengendalikan anak yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Thursday, June 17, 2010

selamat hari bapa!!

hari bapa jatuh pada 16 jun 2008 macam biasa hari bapa kurang di sambut berbanding hari ibu.di samping itu ada juga pihak yang menyarankan untuk menyambut hari ibu dan juga hari bapa.walaupun begitu ada juga yang mengabungkan sambutan kedua-dua hari ini dengan mengingatkan bahawa ibu bapa sentiasa lah diingat sepanjang tahun.

kita mestilah mengingati mereka kerana meraka telah melahirkan kita di dunia.dan mecari makanan atau rezeki yang halal untuk kita.di samping itu juga kita hendaklah menolong mereka ketika mereka sibuk.kita janganlah melawan cakap mereka kerana melawan percakapan ibu bapa adalah berdosa besar.