Sunday, June 27, 2010

Afrika Selatan dapat pujian FIFA

OHANNESBURG: FIFA memuji Afrika Selatan sebagai penganjur Piala Dunia yang masuk pusingan kedua kelmarin, dengan berkata negara itu berada di landasan betul untuk menjadikannya sebuah kejohanan sempurna.

Walaupun berdepan beberapa masalah di peringkat awal, terutama berkenaan pengangkutan pada hari pembukaan di mana kesesakan lalu lintas menyebabkan banyak kelewatan berlaku, Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke mendapati Afrika Selatan berjaya mengatasinya.

"Permulaannya agak sukar apabila kami menghadapi masalah pengangkutan, hasil kelemahan koordinasi antara kumpulan,” kata Valcke. “Tetapi kini semuanya sudah diselesaikan. Jika pada 11 Jun keadaannya sama seperti sekarang, saya akan katakan ini adalah Piala Dunia yang sempurna.”

Selepas dua minggu kejohanan berlangsung, tiga perempat daripada 64 perlawanan sudah dimainkan dengan semua perlawanan peringkat kumpulan selesai Jumaat lalu.

Sejak Afrika Selatan dinamakan sebagai tuan rumah enam tahun lalu, negara itu mengetepikan kerisauan mengenai kadar jenayahnya yang tinggi serta sistem pengangkutan yang lemah, manakala pengkritik menimbulkan kemungkinan FIFA mempunyai “Pelan B” jika keadaan tidak terkawal.

Kini Valcek berkata, Afrika Selatan boleh menjadi pelan kedua kepada negara lain. “Afrika Selatan boleh menjadi Pelan B kepada mana-mana Piala Dunia,” katanya. Piala Dunia kali ini menyaksikan tuan rumah tersingkir di pusingan awal buat pertama kali dalam sejarah. – AFP


No comments:

Post a Comment