Monday, June 28, 2010

Rekod cetus mimpi ngeri Chile

JOHANNESBURG:Brazil tidak pernah tewas kepada Chile dalam tempoh 10 tahun, sejak keputusan 3-0 peringkat kelayakan tahun 2000 untuk Piala Dunia 2002, sebaliknya mereka menang tujuh perlawanan lalu berturut-turut, menjaringkan 26 gol berbalas tiga.

Kedua-dua pasukan bertemu dua kali di Piala Dunia dan kedua-duanya dimenangi Brazil 4-1, di pusingan kedua Perancis 1998 dan 4-2 di separuh akhir kejohanan 1962 ketika Chile mejadi tuan rumah.

Sekalipun angka dan jumlah begitu memihak Brazil, Chile percaya mereka tidak perlu menukar corak permainan menyerang apabila berdepan pasukan nombor satu dunia itu.

“Saya jangkakan permainan yang terbuka,” kata pemain tengah Jean Beausejour. “Mungkin kami tidak akan menukar sedikitpun daripada apa yang sudah kami lakukan, tidak kira siapa lawan kami. Dan dengan sejarah dan tradisi mereka, Brazil juga akan cuba menyerang.”

Kedua-dua pasukan kehilangan beberapa pemain utama tetapi Chile menanggung kehilangan lebih serius apabila pertahanan tengah, Gary Medel dan Waldo Ponce tidak dapat bermain selepas menerimakad kuning kedua ketika tewas kepada Sepanyol, Jumaat lalu.

Chile juga kehilangan pemain tengah, Marco Estrada, yang dibuang padang dalam perlawanan itu tetapi Carlos Carmona dijangka kembali selepas menjalani penggantungannya. – AP

No comments:

Post a Comment